Tuesday, 14 October 2014

PERKEMBANGAN SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA SECARA ELEKTRONIK

SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA SECARA ELEKTRONIK BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA 3 GENERASI :

GENERASI PERTAMA :

Idea dicetuskan pada tahun 1960-an semasa projek pendaratan kapal angkasa Apollo di bulan.

Produk berasaskan struktur hieraki yang dikenali sebagai IMS (Information Management System) olehIBM.

Pada pertengahan 1960-an, General Electric memperkenalkan IDS (Integrated Data Store) yang merintis jalan sehingga terhasilnya pengkalan data berstruktur rangkaian.

Sistem berasaskan rangkaian dapat mengatasi masalah perwakilan perhubungan pangkalan data yang lebih rumit yang tidak dapat dimodelkan menggunakan struktur hieraki. Ekoran itu, satu piawaian pangkalan data telah dibentuk melalui satu badan yang dikenali sebagai CODASYL.

CODASYL seterusnya menubuhkan satu jawatankuasa petugas yang dikenali sebagai DBTG (Data Base Task Group).

DBTG telah mengumumkan piawaian pengkalan data pada tahun 1971 yang mengusulkan penggunaan Bahasa Takrifan Data (Data Definition Language / DDL) dan Bahasa Pengolahan Data (Data Manipulation Language /  DML).

DDL digunakan untuk menaktif struktur pangkalan data manakala DML digunakan untuk mengolah data dalam pangkalan data.

Masalah pangkalan data generasi pertama ini ialah sokongan perkakasan dan perisian yang lemah. Ianya perlu dibangunkan menggunakan bahasa COBOL dan PL/1.

Aturcara yang panjang perlu ditulis untuk menjawab pertanyaan ekoran tiada bahasa pertanyaan berstruktur pada ketika itu.

 

GENERASI KEDUA :

Berkembang pesat pada era 80-an dengan penghasilan Bahasa Pertanyaan Berstruktur (Structured Query Language /  SQL) sebagai bahasa pertanyaan piawai.

Kemunculan pengkalan data komersil seperti DB2ADABAS, INGRESInformixORACLE, dan Sybase.

Kebanyakan DB ini digunakan di kerangka utama dalam komputer mini.

DB hubungan menghadapi masalah pemprosesan yang lambat kerana memerlukan sumber komputer yang lebih besar.

Struktur model hubungan yang berasaskan lajur dan baris tidak dapat dimanfaatkan disebabkan keterbatasan kuasa komputer. 

Keadaan ini dapat diatasi apabila bila komputer berkuasa tinggi diperkenalkan.

Perkembangan memberangsangkan apabila DB berasakan komputer mikro diperkenalkan. Bermula dengan dBase II dikeluarkan oleh syarikat Ashton-Tate dan dipaparkan sebagai DBMS hubungan pada 1979.

E.F Codd mengatakan bahawa dBase II bukanlah DBMS hubungan, tetapi produk yang lebih baru seperti dBase IVFoxproParadox dan lain-lain adalah DBMS hubungan.

Kemasyuran DBMS komputer Mikro menyebabkan beberapa produk yang dikhususkan untuk kerangka utama seperti ORACLE dan INGRES dikeluarkan dalam versi komputer Mikro.

Dengan adanya sistem kendalian berasaskan tetingkap atau GUI, DBMS kini menjadi lebih mesra pengguna seterusnya dapat memenuhi keperluan pengguna yang rata-ratanya bukan terdiri daripada pakar dalam pengkalan data. Contoh DBMS seperti ini ialah Visual FoxproPowerBuilder dan Microsoft Access.

 

GENERASI KETIGA ( TERKINI ) :

 

Perkembangan teknologi komputer dan telekomunikasi telah menyumbang kepada rangkaian setempat dan pemprosesan teragih secara meluas.

Pangkalan data multimedia dan internet juga telah menjadi sesuatu yang penting dan berguna dalam pembangunan aplikasi dalam talian (online).

Permodelan data hubungan telah didokong oleh Model Perhubungan Entiti (Model E-R) yang diperkenalkan oleh Chen pada 1976.

Satu lagi perkembangan sistem pangkalan data ialah sistem Pangkalan data berasaskan objek (ODMS) yang digunakan untuk menyimpan dan menyelenggara struktur data daripada Pengaturcaraan Berorientasikan Objek.

Teknologi terkini pangkalan data juga ialah pangkalan data cerdas dan sistem pangkalan data multimedia dan pangkalan pengetahuan.


Pada lewat tahun 80-an Pengaturcaraan berorientasikan objek telah mula digunakan.

No comments:

Post a Comment