SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA SECARA ELEKTRONIK BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA 3 GENERASI :
Tuesday, 14 October 2014
PERKEMBANGAN SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA SECARA ELEKTRONIK
GENERASI PERTAMA :
Idea dicetuskan pada tahun
1960-an semasa projek pendaratan kapal angkasa Apollo di bulan.
Produk berasaskan struktur
hieraki yang dikenali sebagai IMS (Information Management System)
olehIBM.
Pada pertengahan 1960-an,
General Electric memperkenalkan IDS (Integrated
Data Store) yang merintis jalan sehingga terhasilnya pengkalan data berstruktur
rangkaian.
Sistem berasaskan rangkaian
dapat mengatasi masalah perwakilan perhubungan pangkalan data yang lebih rumit
yang tidak dapat dimodelkan menggunakan struktur hieraki. Ekoran itu, satu
piawaian pangkalan data telah dibentuk melalui satu badan yang dikenali
sebagai CODASYL.
CODASYL seterusnya
menubuhkan satu jawatankuasa petugas yang dikenali sebagai DBTG (Data Base
Task Group).
DBTG telah mengumumkan
piawaian pengkalan data pada tahun 1971 yang mengusulkan penggunaan Bahasa
Takrifan Data (Data Definition Language / DDL) dan Bahasa
Pengolahan Data (Data Manipulation Language / DML).
DDL digunakan untuk
menaktif struktur pangkalan data manakala DML digunakan untuk
mengolah data dalam pangkalan data.
Masalah pangkalan data generasi
pertama ini ialah sokongan perkakasan dan perisian yang lemah. Ianya perlu
dibangunkan menggunakan bahasa COBOL dan PL/1.
Aturcara yang panjang perlu
ditulis untuk menjawab pertanyaan ekoran tiada bahasa pertanyaan berstruktur
pada ketika itu.
GENERASI KEDUA :
Berkembang pesat pada era
80-an dengan penghasilan Bahasa Pertanyaan Berstruktur (Structured Query
Language / SQL) sebagai bahasa
pertanyaan piawai.
Kemunculan pengkalan data
komersil seperti DB2, ADABAS, INGRES, Informix, ORACLE, dan Sybase.
Kebanyakan DB ini
digunakan di kerangka utama dalam komputer mini.
DB hubungan menghadapi
masalah pemprosesan yang lambat kerana memerlukan sumber komputer yang lebih
besar.
Struktur model hubungan
yang berasaskan lajur dan baris tidak dapat dimanfaatkan disebabkan
keterbatasan kuasa komputer.
Keadaan ini dapat diatasi
apabila bila komputer berkuasa tinggi diperkenalkan.
Perkembangan
memberangsangkan apabila DB berasakan komputer mikro diperkenalkan.
Bermula dengan dBase II dikeluarkan
oleh syarikat Ashton-Tate dan dipaparkan sebagai DBMS hubungan
pada 1979.
E.F Codd mengatakan
bahawa dBase II bukanlah DBMS hubungan, tetapi produk yang
lebih baru seperti dBase IV, Foxpro, Paradox dan
lain-lain adalah DBMS hubungan.
Kemasyuran DBMS komputer
Mikro menyebabkan beberapa produk yang dikhususkan untuk kerangka utama
seperti ORACLE dan INGRES dikeluarkan dalam versi komputer
Mikro.
Dengan adanya sistem
kendalian berasaskan tetingkap atau GUI, DBMS kini
menjadi lebih mesra pengguna seterusnya dapat memenuhi keperluan pengguna yang
rata-ratanya bukan terdiri daripada pakar dalam pengkalan data.
Contoh DBMS seperti ini ialah Visual Foxpro, PowerBuilder dan Microsoft Access.
GENERASI KETIGA ( TERKINI ) :
Perkembangan teknologi
komputer dan telekomunikasi telah menyumbang kepada rangkaian setempat dan
pemprosesan teragih secara meluas.
Pangkalan data multimedia
dan internet juga telah menjadi sesuatu yang penting dan berguna dalam
pembangunan aplikasi dalam talian (online).
Permodelan data hubungan
telah didokong oleh Model Perhubungan Entiti (Model E-R) yang
diperkenalkan oleh Chen pada 1976.
Satu lagi perkembangan
sistem pangkalan data ialah sistem Pangkalan data berasaskan objek (ODMS) yang digunakan
untuk menyimpan dan menyelenggara struktur data daripada Pengaturcaraan
Berorientasikan Objek.
Teknologi terkini pangkalan
data juga ialah pangkalan data cerdas dan sistem pangkalan data multimedia dan
pangkalan pengetahuan.
Pada lewat tahun 80-an
Pengaturcaraan berorientasikan objek telah mula digunakan.
Monday, 13 October 2014
PERKAKASAN DAN PERISIAN
2.1.1 Kabel Rangkaian dan RJ45
Rajah 2.1.1: Kabel RJ45
●
Digunakan untuk menghubungkan komputer ke
peranti dan peranti ke peranti dan sambungan ke rangkaian internet.
●
Adalah
perkakasan yang digunakan untuk menghubungkan komputer dan peranti yang
terdapat dalam rangkaian secara berwayar.
2.1.2 Kad
Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card, NIC)
●
Kad antaramuka rangkaian merupakan satu peranti
yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.
●
Peranti komunikasi yang membolehkan sesebuah
komputer mengakses rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan
ke kabel rangkaian.
●
Membolehkan komputer berhubung sesama sendiri.
●
Kad antaramuka untuk komputer meja dan komputer
riba berbeza dari segi bentuk dan rupa tetapi fungsinya adalah sama.
2.1.3 Hab
Rajah 2.1.3: Hab
●
Peranti komunikasi ini berfungsi untuk
menyambungkan beberapa komputer dan peranti di dalam satu rangkaian kawasan
setempat (LAN).
●
Hab mempunyai port rangkaian. Apabila data tiba
di suatu port rangkaian, data akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya
semua peranti dalam rangkaian boleh menerima data berkenaan.
●
Hab adalah sebuah peranti yang berfungsi sebagai
titik pusat bagi kabel - kabel dalam sesebuah rangkaian.
2.1.4
Suis (Switch)
●
Peranti komunikasi ini mempunyai fungsi yang
sama dengan hab. Alat ini seakan sama dengan hab tetapi ia lebih berupaya
menyemak data yang telah diterima, menetukan alat penerima dan menghantar data
tersebut dengan tepat.
●
Suis merupakan perkakasan rangkaian yang akan
memilih laluan semasa penghantaran data kepada destinasinya.
2.1.5 Modem
●
Alat ini membolehkan komputer menghantar data
melalui talian telefon atau kabel.
●
Merupakan peranti yang menukar isyarat komputer
berbentuk digital ke isyarat bentuk analog dan sebaliknya untuk mendapat
sambungan ke Internet.
2.1.6 Penghala (Router)
●
Penghala membawa data daripada satu rangkaian
kepada rangkaian yang lain.
●
Penghala bertindak sebagai suis
yang menentukan antara dua atau lebih rangkaian untuk memindahkan data.
●
Peranti rangkaian komunikasi ini
mempercepatkan penyampaian data melalui
laluan yang terbaik. Penghala juga berfungsi sebagai penghubung rangkaian yang
berbeza.
Kini,
teknologi penghala telah berkembang dan
semakin maju di mana penghala, modem dan suis telah digabungkan di dalam satu
komponen. Ini lebih memudahkan pengguna untuk menggunakan satu komponen sahaja
yang terdiri daripada ketiga-tiga kompenen tersebut.
2.1.7 Titik pusat tanpa wayar (Wireless Access
point)
●
Alat ini menghubungkan data komunikasi wayar
untuk membentuk satu rangkaian tanpa wayar.
●
Alat ini merupakan sebuah peranti komunikasi
yang berfungsi sebagai pusat penghantaran dan penerimaan gelombang radio tanpa
wayar di dalam sesebuah rangkaian.
●
Alat ini berperanan seperti tiang penerima dan
penghantar isyarat kepada peranti-peranti lain.
●
Titik capaian tanpa wayar tidak boleh berdiri
sendiri untuk membuat sambungan ke internet. Ia perlu disambungkan ke hab, suis
atau penghala untuk menghantar dan menerima isyarat dari peranti lain.
Perbezaan Antara Hab Dan Suis
Perbezaan utama di antara hab dan suis adalah cara di mana mereka
berhubung dengan rangkaian.
HAB
|
SUIS
|
●
Hab menghantar data ke semua peranti dan
penerima yang terdapat di dalam sebuah rangkaian.
|
●
Suis mempunyai keupayaan yang mampu menyimpan alamat
semua peranti yang disambungkan kepadanya.
|
●
Keselamatan data biasanya terjejas kerana
semua peranti penerima dalam rangkaian boleh menerima semua data yang
dihantar oleh hab.
|
●
Suis dapat mengesan peranti yang bersambung
dengannya dan menghantar data hanya kepada peranti yang dikehendaki dengan
lebih pantas.
|
●
Hab menghantar data ke semua peranti, maka hal
ini akan memperlahankan penyampaian data kerana kesesakan dalam jalur
lebarnya.
|
●
Suis lebih pintar berbanding hab. Suis yang
mempunyai kelajuan 10 mbps mampu mengagihkan 10 mbps ke setiap port yang ada.
|
●
Hab lebih murah berbanding suis.
|
●
Suis lebih mahal berbanding hab.
|
2.2 Medium Rangkaian Wayar Dan Tanpa Wayar
Rangkaian komputer
bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara
fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu
sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat
dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel,
gelombang radio, pancar infra merah atau satelit. Medium rangkaian terdiri
daripada medium rangkaian wayar dan tanpa wayar.
2.2.1 Medium
rangkaian wayar
Kabel rangkaian masih
digunakan sebagai media penghantaran untuk pemindahan data dalam rangkaian.
Terdapat beberapa jenis kabel rangkaian yang biasa digunakan.
2.2.1.1
Kabel sepaksi
tebal (thick coaxial cable)
Digunakan untuk jarak yang
jauh. Panjang maksima segmen ialah 500 meter. Piawaian untuk kabel ini ialah
10Base5.
2.2.1.2
Kabel sepaksi
nipis (thin coaxial cable)
Digunakan untuk jarak yang
pendek dengan panjang maksimum segmen 185m. Piawaian untuk kabel ini ialah
10Base2.
2.2.1.3
Kabel pasangan
terpiuh (twisted-pair cable)
Jenis kabel ini
diklasifikasikan mengikut kategori yang ditetapkan oleh EIA/TIA (Electronic Industry
Association/Telecommunication Industry Association). Cat 5, Cat 5e dan Cat 6
merupakan jenis kabel yang digunakan untuk rangkaian Ethernet.
2.2.1.4
Pasangan
terpiuh tidak bertebat (unshielded-twisted pair)
Kos yang rendah dan mudah
terpengaruh dengan gangguan daripada radio dan peralatan elektrik yang
berdekatan.
2.2.1.5
Pasangan
terpiuh bertebat (shieled-twisted pair)
Lebih sesuai digunakan di
tempat yang terdapat gangguan elektrik berbanding kabel terpiuh tidak bertebat.
2.2.1.6
Kabel gentian
optik (Fiber Optic Cable)
Kabel gentian optik dapat
menghantar data dengan lebih laju dan jarak yang lebih jauh berbanding kabel
sepaksi dan kabel pasangan terpiuh. Ia lebih sukar dipasang berbanding dengan
kabel kuprum.
2.2.2 Medium Rangkaian Tanpa Wayar
Hanya peralatan yang telah melepasi ujian Wi-Fi Alliance® dibenarkan
menggunakan logo yang dikeluarkan oleh mereka.
Rajah 2.2.2.1: Logo Wi-Fi
Kelebihan menggunakan Wi-Fi adalah seperti
berikut:
●
Mudah: Anda boleh menyambungkan komputer di
rumah atau sekolah tanpa wayar. Komputer yang disambungkan ke rangkaian boleh
berada sehingga 30 meter.
●
Kos: Rangkaian Tanpa Wayar mudah untuk dipasang
dan tidak mahal.
Rangkaian tanpa
wayar ialah perpindahan maklumat antara satu titik ke titik yang lain yang
tidak berhubung secara fizikal. Ia juga dalam jarak yang dekat, seperti
beberapa meter atau jarak yang sangat jauh.
Penggunaan
Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang
menggunakan hubungan jalur lebar (broadband), titik capaian (access point) dan
kad Wi-Fi yang di pasang di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi
fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.
Terdapat dua
jenis topologi rangkaian tanpa wayar iaitu peer-to-peer
dan client-server. Dalam rangkaian
tanpa wayar, peer-to-peer rangkaian
akan berhubung dengan setiap komputer yang ada dalam rangkaian dengan lebih
mudah dan secara langsung. Manakala bagi rangkaian tanpa wayar, client-server pula, terdapat titik capaian
(access point) untuk membolehkan
komputer menerima dan menghantar data menerusi titik ini kepada semua komputer
yang dicapai oleh rangkaian.
Terdapat empat
jenis rangkaian tanpa wayar yang mana ia dibahagikan mengikut kelajuan capaian
rangkaian dan kos untuk mengimplimentasinya.
i.
Bluetooth
ii.
IrDA
iii.
HomeRF (SWAP)
iv.
Wi-Fi
Bluetooth
Teknologi ini
tidak digunakan secara meluas dan ia tidak mampu menggantikan rangkaian
berkelajuan tinggi di antara komputer. Bluetooth
berspesifikasi untuk menggunakan radio berkuasa rendah untuk menghubungkan
telefon dan komputer dalam jarak yang pendek tanpa wayar. Topologi Bluetooth
dikenali sebagai piconet atau PAN (personal area network). Piconet mengandungi sekurang-kurangnya
dua hingga maksimum lapan peranti Bluetooth
dalam rangkaiannya. Bluetooth
mempunyai pelbagai versi yang berbeza dari segi jarak dan juga kelajuannya. Bluetooth 1.2 mempunyai jarak maksima 10
meter (30 kaki) dan kelajuan sehingga 1 Mbps. Bluethooth 1.2 menggunakan
isyarat radio dalam jarak 2.4 Ghz atau yang sama dengan Wifi.
IrDA
IrDA
(Inframerah) adalah sebuah piawaian untuk perhubungan peranti dengan
menggunakan cahaya inframerah. Cara inilah alat kawalan jauh berfungsi dan ia
bergerak dengan kelajuan 4Mbps di samping bergerak dalam aliran yang lurus.
SWAP
HomeRF (RF atau
Radio Frequency) telah mewujudkan satu piawaian yang dipanggil Shared Wireless Access Protocol atau SWAP. SWAP mempunyai enam saluran suara berdasarkan kepada standard Digital Enhanced Cordless Telecommunications
(DECT) dan spesifikasi tanpa wayar Ethernet
802.11 untuk data. Peranti SWAP
melakukan 50 loncatan sesaat dan memancar pada 1 Mbps. Keberkesanan bergantung
kepada pengeluar dan jumlah gangguan yang ada di kawasan yang digunakan.
Wi-Fi
Wireless Ethernet Compatibility Alliance (WECA) yang kini
dikenali sebagai Wi-Fi Alliance telah
mengemukakan Wi-Fi (wireless fidelity)
sebagai alternatif kepada SWAP. la
serasi dengan salah satu spesifikasi IEEE 802.11, iaitu IEEE 802.11b. Dengan
keserasian kepada 802.11b, perantinya mampu berkomunikasi pada kelajuan 11
Mbps. Walaupun capaian maksimanya ialah 11 Mbps tetapi kelajuan ini tidak tetap
dan boleh menurun sehingga 1 Mbps. Namun Wi-Fi
tetap stabil dan mampu memberikan sokongan yang baik kepada rangkaian.
Selain daripada
IEEE 802.11b, terdapat set-set spesifikasi yang lain seperti 802.11a, 802.11g,
802.11n dan 802.11ac.
Rangkaian
berwayar
Gabungan rangkaian wayar dan
rangkaian tanpa wayar
Sistem Pengendalian
Rangkaian (NOS) merujuk kepada perisian yang melaksanakan sistem pengoperasian
ke atas rangkaian komputer.
Fungsi Sistem Pengendalian
Rangkaian:
1.
Membolehkan pelayan menguruskan data, pengguna,
kumpulan, keselamatan, aplikasi dan lain-lain fungsi rangkaian.
2.
Membenarkan perkongsian fail/maklumat dan akses
pencetak oleh pengguna dalam rangkaian.
3.
Mengawal dan menguruskan semua aktiviti yang
dijalankan oleh pelbagai komputer di dalam rangkaian. Sistem Pengoperasian
Rangkaian bertindak sebagai pengarah untuk memastikan perjalanan rangkaian ini
dapat berfungsi dengan sempurna dan sistematik.
Contoh Sistem Pengendalian
Rangkaian :
1.
Rakan ke Rakan
(Peer to Peer):
AppleShare,
NetWare Lite dan Windows for WorkGroup.
2.
Pelanggan-Pelayan
(Client-Server):
Novell Netware,
Windows Server, Banyan VINES
Subscribe to:
Posts (Atom)